WhatsApp
601163670025

 

Info Syarikat

 

1. Tentang Kami

www.zindagi2u.com adalah satu perancangan yang teliti dalam menjalankan perniagaan diperingkat global berasaskan jualan produk yang sememangnya memiliki potensi dan permintaan yang amat luas. "Zindagi2u" adalah bermaksud "Kehidupan Kepada Anda" dan telah ditubuhkan oleh pasukan pakar pemasaran iaitu EMF Group semenjak tahun 2019 lagi.

Program www.zindagi2u.com adalah ditubuhkan bagi membantu para usahawan membina kerjaya perniagaan bersama kami ke peringkat global dengan membina rangkaian perniagaan, ekoran dari krisis ekonomi serta pendemik yang berlaku, adalah satu tindakan yang tepat untuk kami membangunkan sistem pemasaran ini dengan menjadikan para peserta sebagai rakan niaga berpotensi tinggi sepanjang bersama kami disini.

Rancangan ini juga adalah untuk membangunkan ekonomi bagi kawasan-kawasan yang telah ditujukan dengan mengembangkan kemahiran serta pasaran berasaskan produk yang berkualiti tinggi serta menjalankan strategi perkembangan rangkaian bersama sistem yang telah kami sediakan. Program ini juga adalah dirangka bagi melahirkan usahawan baru dan sedia ada yang lebih hebat untuk bersama membangunkan ekonomi di kawasan masing-masing.

Dengan keyakinan serta kerjasama rangkaian akan memajukan lagi sektor ini yang sedang mengalami krisis yang teruk dan program ini mampu untuk memulihkan keadaan ekonomi setempat kearah lebih baik dan maju.

 

2. Pasukan www.zindagi2u.com dan EMF Group

Program www.zindagi2u.com adalah ditubuhkan serta diasaskan oleh gabungan organisasi pakar dari beberapa pasukan hasil dari gabungan syarikat yang saling berkolaborasi untuk membangunkan sistem ini yang sememangnya memiliki kemahiran dan kecekapan dalam perniagaan serta mempunyai kemahiran tinggi dalam sektor ini.

Pasukan yang terlibat terdiri daripada peringkat domestik dan antarabangsa yang turut sama membangunkan sistem ini bagi membantu para usahawan untuk berjaya. Dengan kemahiran dan kecekapan melebihi 10 tahun pengalaman dalam industri yang terlibat akan membuatkan para usahawan yakin dan mudah untuk berjaya didalam sistem yang telah syarikat ini sediakan.

 

3. Produk dan Servis.

Kita sedia maklum bahawa permintaan terhadap produk kecantikan dan kesihatan adalah satu keperluan di mana sentiasa digunakan dan memiliki permintaan yang tinggi didalam pasaran sebagai produk yang memberikan nilai yang berkualiti tinggi kepada pengguna, dengan dorongan itu, www.zindagi2u.com membangunkan sistem ini untuk para usahawan membuat pemasaran dengan menggunakan sistem rangkaian, produk dan servis yang ditawarkan oleh syarikat, Ianya sememangnya memudahkan rangkaian untuk maju dan berkembang pesat.

Selain dari keuntungan terhadap produk, usahawan juga turut mendapat kelebihan dari bantuan dan khidmat nasihat dalam perkembangan rangkaian dan melatih usahawan yang lain di dalam rangkaian masing-masing seperti yang telah dinyatakan dalam rangka perniagaan www.zindagi2u.com

 

4. Nilai Kami.

Kami percaya bahawa melampaui jangkaan pelanggan kami dan menawarkan perkhidmatan kelas atas adalah kunci untuk memastikan pelanggan gembira. Pelanggan kami adalah keutamaan kami dan kami berhasrat untuk memberikan perkhidmatan peribadi yang profesional. kami menyediakan nilai yang sangat hebat buat para peserta yang terlibat di mana para peserta akan dapat menggunakan servis terbaik dari kami dalam menghasilkan ekonomi yang lebih baik bagi diri dan keluarga, adalah keutamaan kami untuk melihat para peserta memiliki kejayaan bersama sistem dan rangka perniagaan yang telah kami sediakan. Para peserta adalah bagi kami ialah rakan niaga yang sangat kami hargai serta kami hormati, dengan sistem ini para peserta dapat bersama membantu antara satu sama yang lain untuk saling berjaya disini. Selain itu, para pengguna boleh terus berkomunikasi dengan kami tanpa birokrasi, kami menawarkan khidmat pelanggan melalui saluran yang anda telah biasa berkomunikasi didalam kehidupan seharian. Pelanggan boleh terus menghubungi kami melalui Aplikasi Whatsapp, Telegram dan Facebook Messenger serta lain-lain yang memudahkan para pengguna terus kepada pihak pengurusan www.zindagi2u.com.